Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Ahli Gisbh Didakwa Ugut Bekas Ahli

Published: 18 Sep 2024 6.56 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Putrajaya, 18 September 2024 - Seorang anggota kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang wanita yang juga bekas anggota organisasi itu, awal bulan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-ahli-gisbh-didakwa-ugut-bekas-ahli
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:58 MYT
Putrajaya, 18 September 2024 - Seorang anggota kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang wanita yang juga bekas anggota organisasi itu, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Riza yang juga ahli perniagaan itu didakwa menakutkan secara jenayah ke atas wanita berusia 25 tahun di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4 di sini, kira-kira jam 10 malam, pada 9 September lalu.

Suami kepada tiga isteri yang juga bapa 10 anak itu didakwa mengugut wanita terbabit apabila berkata: "kami tahu dekat mana rumah suami dan keluarga", dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya bekas ahli GISBH itu menarik balik laporan polis.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit bersalah.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman, manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kami-tahu-dekat-mana-rumah...

ArticlePublished 18 Sep 2024 6.56 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM