Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Abang Polis Tolak Kereta Dalam Hujan Terima Kasih Warga Netizen

Published: 03 Nov 2019 8.02 AM Updated: 15 Aug 2026 7.13 PM
Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menolak sebuah kereta rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai di sini mendapat pujian netizen.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-abang-polis-tolak-kereta-dalam-hujan-terima-kasih-warga-netizen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:01 MYT

Nilai, 3 November 2019 - Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menolak sebuah kereta rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai di sini mendapat pujian netizen.

Perkongsian video di Instagram Daniel Zamri itu memaparkan dua anggota polis berada di persimpangan lampu isyarat membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak ketika mahu meneruskan perjalanan.

Anggota berkenaan menolak kereta itu sehingga ke tepi jalan dalam keadaan hujan lebat demi menggelakkan berlaku kesesakan trafik di kawasan terbabit.

Daniel turut memuji tindakan anggota polis itu kerana menjalankan tanggungjawab meskipun dalam apa jua situasi.

"Ingat aku je yang mandi hujan hari ini sebab hantar stok @ainadtaste di agen sekitar Nilai tadi.

"Rupanya ada lagi yang mulia dalam menjalankan tanggungjawab dalam bekerja. Dalam pemerhatian aku tadi, pemilik kereta 'breakdown' tu orang Cina. Siap berpayung lagi," katanya.

Dalam pada itu, Daniel juga berhasrat untuk belanja anggota polis kek yang diusahakan isterinya sekiranya video yang dimuat naik itu tular di laman sosial.

"Semoga abang polis dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Amin. Kalau ada rezeki video ni viral, aku teringin nak jumpa abam polis ni sebab nak belanja kek dari @ainadtaste, lokasi kejadian sekitar Nilai - KLIA," tulisnya.

Sumber video: Instagram @danielzamrii

Sumber berita: Sinar Harian

ArticlePublished 03 Nov 2019 8.02 AMUpdated 15 Aug 2026 7.13 PM