Artikel
Video Pilihan A Tribute To Tun Hanif Omar The Longest Serving Igp
Saksikan video khas “A Tribute To Tun Hanif Omar – The Longest Serving IGP” sebagai menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan bekas Ketua Polis Negara (KPN),...
Saksikan video khas “A Tribute To Tun Hanif Omar – The Longest Serving IGP” sebagai menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar.
Allahyarham Tun Mohammed Hanif dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik beradik.
Allahyarham Tun Mohammed Hanif telah mencipta sejarah kerana menjadi graduan universiti pertama memasuki perkhidmatan pasukan polis, iaitu sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP) pada 8 Jun 1959. Beliau memilih kerjaya polis kerana minat yang mendalam dan ingin menyumbangkan khidmat baktinya kepada masyarakat serta negara.
Pada 8 Jun 1974, Allahyarham Tun Mohammed Hanif telah dilantik sebagai KPN ke-4 pada umur 35 tahun, menjadikan beliau KPN termuda pernah dilantik dan paling lama menjawat jawatan tersebut iaitu selama 20 tahun.
PDRM di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Mohammed Hanif telah mencapai tahap kegemilangannya dan diperkasakan bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang, serta asas yang telah diletakkan itu ternyata memberi manfaat kepada PDRM pada hari ini.
Sumber: PDRM RMP TV dan Youtube PDRMsia PRO