
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kamera Badan Tingkat Integriti Pdrm
Pemasangan 1,376 unit kamera badan (Body Worn Camera) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Jun dan Ogos lalu, amat dialu-alukan.
Pemasangan 1,376 unit kamera badan (Body Worn Camera) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Jun dan Ogos lalu, amat dialu-alukan.
la pasti akan meningkatkan lagi integriti dan rasa hormat rakyat terhadap anggota keselamatan negara itu. Sebabnya, pasukan polis yang berurusan dan berkhidmat kepada masyarakat sering terdedah dengan pelbagai tohmahan.
Sembilan lokasi yang dibekalkan kamera badan itu sedang menjadi projek perintis bagi menguji keberkesanan dan fungsi peralatan tersebut yang bakal diperluaskan ke seluruh negara.
Syabas diucapkan kepada kepemimpinan PDRM yang begitu komited dalam memastikan semua pegawainya seramai lebih 111,000 bertugas dengan penuh amanah dan jujur.
Demikianlah yang tertera pada logo yang dipakai oleh setiap pegawai dan anggota PDRM iaitu “Integriti Amalan Kita”.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.