Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan A Tribute To Tun Hanif Omar The Longest Serving Igp

Published: 12 Sep 2024 6.46 AM Updated: 17 Jul 2026 2.26 AM
Saksikan video khas “A Tribute To Tun Hanif Omar – The Longest Serving IGP” sebagai menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-a-tribute-to-tun-hanif-omar-the-longest-serving-igp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:56 MYT
Saksikan video khas “A Tribute To Tun Hanif Omar – The Longest Serving IGP” sebagai menghargai jasa, sumbangan dan pengorbanan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar.

Allahyarham Tun Mohammed Hanif dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo Chinese Teluk Intan, Perak dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1959 dengan memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Allahyarham Tun Mohammed Hanif telah mencipta sejarah kerana menjadi graduan universiti pertama memasuki perkhidmatan pasukan polis, iaitu sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP) pada 8 Jun 1959. Beliau memilih kerjaya polis kerana minat yang mendalam dan ingin menyumbangkan khidmat baktinya kepada masyarakat serta negara.

Pada 8 Jun 1974, Allahyarham Tun Mohammed Hanif telah dilantik sebagai KPN ke-4 pada umur 35 tahun, menjadikan beliau KPN termuda pernah dilantik dan paling lama menjawat jawatan tersebut iaitu selama 20 tahun.

PDRM di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Mohammed Hanif telah mencapai tahap kegemilangannya dan diperkasakan bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang, serta asas yang telah diletakkan itu ternyata memberi manfaat kepada PDRM pada hari ini.

Sumber: PDRM RMP TV dan Youtube PDRMsia PRO
ArticlePublished 12 Sep 2024 6.46 AMUpdated 17 Jul 2026 2.26 AM