Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Air Berlumpur Berapi Berlaku Di Pingtung Taiwan Polis

Published: 20 Apr 2015 12.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 19 April - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-air-berlumpur-berapi-berlaku-di-pingtung-taiwan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:04 MYT


Kuala Lumpur, 19 April - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.

Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.

Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat.

BERNAMA

ArticlePublished 20 Apr 2015 12.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM