Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Vat 69 Pertahan Bukit Jalil

Published: 26 May 2017 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Latihamal Ex Rimau 2017 yang disertai 350 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur apabila puluhan orang awam yang berada di sekitar stadium kelam kabut melarikan diri sebaik mendengar bunyi letupan bom.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/vat-69-pertahan-bukit-jalil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:36 MYT

Latihamal Ex Rimau 2017 yang disertai 350 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur apabila puluhan orang awam yang berada di sekitar stadium kelam kabut melarikan diri sebaik mendengar bunyi letupan bom.

Sepasukan Unit Tindak Khas 69 Komando (VAT 69) dilihat menuruni bangunan stadium menggunakan tali sambil membawa senjata. Beberapa aset PDRM termasuk kereta perisai dan helikopter dilihat muncul di lokasi sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada stadium itu menjadi sasaran pengganas.

Bagaimanapun itu hanyalah senario latihan dijalankan PDRM sempena penganjuran Sukan Sea ke-29, Ogos depan.

Tujuan latihan ini adalah untuk menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi yang mengancam keselamatan.

Sumber: Harian Metro

Vat 69 Pertahan Bukit Jalil
ArticlePublished 26 May 2017 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM