Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Van Penjenayah Masuk Fb

Published: 28 Aug 2014 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua suspek yang cuba menyamun sepasang suami isteri ditahan polis selepas gambar van digunakan penjenayah terbabit dikongsi dalam laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/van-penjenayah-masuk-fb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:35 MYT
Kuching, 28 Ogos - Dua suspek yang cuba menyamun sepasang suami isteri ditahan polis selepas gambar van digunakan penjenayah terbabit dikongsi dalam laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, kelmarin.

Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam rondaan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sekama kira-kira jam 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzilan Abdul Aziz, berkata pihaknya turut menemui sebilah parang semasa pemeriksaan dijalankan ke atas van tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kenderaan digunakan suspek disahkan dicuri selepas dilaporkan hilang di Batu Kawa, Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394, Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKL) dan 379 A Kanun Keseksaan.

Van Penjenayah Masuk Fb

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 28 Aug 2014 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM