Kalau balai polis jadi tempat mencari jodoh, Adminlah orang yang paling depan buat laporan. 
Setiap hari akan telefon pegawai penyiasat, "Jodoh saya sudah ada ke Encik?". Hehehe 
Cuma satu pesan min, berhati-hati dan jangan sesekali terjebak dengan sindiket penipuan seperti "Love Scam" ok.
Mereka ini memang suka jadikan sesiapa yang kesunyian sebagai mangsa.
Ingat, biar lambat sampai jodoh, asalkan yang tiba itu nanti benar-benar wujud dan ditakdirkan "the one" untuk anda. 
Kredit gambar: mfafairuz