Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm

Published: 11 Jun 2014 5.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesungguhnya kerjasama yang akan terjalin ini nanti, adalah manifestasi daripada rasa tanggungjawab bersama, yang menjadi satu kewajipan dan amanah kepada kita warga PDRM dan UiTM untuk melahirkan ins..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/usaha-bersama-uitm-melahirkan-ilmuan-dari-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:36 MYT

Shah Alam , 14 Julai 2011 - Sejajar dengan Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (UiTM), sejarah terpahat sekali lagi dalam kalendar PDRM dengan termeterainya persefahaman antara kedua-dua institusi ini melalui Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara PDRM dan UiTM di Bangunan Canseleri, UiTM Shah Alam, hari ini.

Ianya adalah bagi membentuk satu persefahaman jangka panjang di antara kedua-dua pihak dalam beberapa isu kepentingan bersama yang telah dibincang dan dipersetujui semasa pertemuan sebelum ini iaitu kerjasama berterusan dalam bidang pendidikan, latihan, penyelidikan.

Selain itu juga, objektif perjanjian ini juga bagi membolehkan pihak UiTM membuka peluang kepada anggota pangkat rendah (APR) PDRM melanjutkan pelajaran sama ada melalui mod luar kampus, pengajian jarak jauh (PJJ) atau e-PJJ seterusnya membantu PDRM untuk melahirkan lebih ramai warganya yang berilmu pengetahuan selari dengan keperluan masa kini.

MoU ini difahamkan juga memberi laluan kepada pihak UiTM untuk mempermudahkan lagi permohonan kemasukan ke UiTM di kalangan anak-anak warga PDRM lepasan SPM dan STPM.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya hari ini mengalu-alukan hasrat UiTM untuk menubuhkan sebuah fakulti berasaskan kepolisan, khas untuk warga PDRM mempertingkatkan kemahiran dan kelayakan akademik warga PDRM.

Beliau turut menambah, hasrat untuk mewujudkan sebuah pejabat polis bantuan dalam kawasan kampus di UiTM Shah Alam akan mampu direalisasikan dan ini merupakan satu usaha untuk memudahkan urusan pentadbiran bagi Polis Bantuan UiTM.

Kerjasama dalam bidang kepakaran ini diharap dapat memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan PDRM ke tahap yang lebih efisien dan dinamik.

"Sesungguhnya kerjasama yang akan terjalin ini nanti, adalah manifestasi daripada rasa tanggungjawab bersama, yang menjadi satu kewajipan dan amanah kepada kita warga PDRM dan UiTM untuk melahirkan insan berilmu dan intelektual serta maju dalam kerjaya masing-masing,"

"Semoga dengan kerjasama ini, hasrat PDRM untuk melahirkan sebuah pasukan polis yang bertaraf 'world class' akan menjadi kenyataan sekaligus dapat memenuhi anjakan paradigma dalam organisasi kepolisan di negara ini," akhiri beliau.

MoU pada hari ini menyaksikan majlis tandatangan di antara YDH Ketua Polis Negara yang mewakili PDRM dan Y.Bhg Dato' Profesor Ir Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM yang mewakili UiTM dan turut dihadiri Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, Y.Bhg Dr. Hajah Zahrah Mokhtar, Pendaftar UiTM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan UiTM, wakil-wakil media dan tetamu-tetamu jemputan.

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
YDH Ketua Polis Negara menyempurnakan upacara simbolik pelancaran logo.

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
Y.Bhg Dato' Profesor Ir Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM melekatkan logo Polis Bantuan kepada pegawai baris.

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
Pemakaian logo Polis Bantuan UiTM secara bersama-sama.

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
Ucapan Y.Bhg Dato' Profesor Ir Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTm.

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
Ucapan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm

Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
Upacara menandatangani MoU.

ArticlePublished 11 Jun 2014 5.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM