Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong

Published: 11 Jun 2014 7.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berucap sempena Perhimpunan Khas PDRM Memperingati Pejuang-pejuang Polis Semasa Darurat di Pondok Polis Bukit Kepong, Muar, beliau turut menolak sama sekali kenyataan salah yang menganggap pengganas k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/usah-perlekeh-pengorbanan-wira-bukit-kepong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:50 MYT

"..di sebalik pengorbanan anggota dan ahli keluarga Balai tersebut, serangan ini memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Ini tidak boleh diperlekeh dan diperkotak-katikkan kerana ianya merupakan fakta fitrah kepolisan dan ketenteraan dalam mempertahankan nusa dan bangsa," - YDH Ketua Polis Negara


Bukit Kepong , 21 Oktober
 - "Saya ingin menyatakan kehampaan dan kekecewaan saya berkaitan kenyataan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan kontroversi dan menganggap pengganas itu hero dan menghina anggota keselamatan dan keluarga mereka pada Tregedi Bukit Kepong," tegas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, hari ini.


Berucap sempena Perhimpunan Khas PDRM Memperingati Pejuang-pejuang Polis Semasa Darurat di Pondok Polis Bukit Kepong, Muar, beliau turut menolak sama sekali kenyataan salah yang menganggap pengganas komunis dan beberapa individu tali barut Parti Komunis sebagai wira, walhal mereka pembunuh rakyat yang berjuang untuk melihat negara bebas daripada dicengkam musuh.


"Secara peribadinya, individu yang membuat kenyataan ini ialah 'rebel - rouser' iaitu seorang yang cenderung kepada membakar semangat rakyat serta menghasut ke arah pemikiran yang sempit dan kenyataan dangkal tersebut hanya akan membangkitkan kemarahan keluarga pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang telah terkorban," tambahnya lagi.


Aspirasi Warisan PDRM Di Balai Polis Bukit Kepong


Dalam ucapannya juga, beliau telah memaklumkan berita gembira, khususnya kepada warga Bukit Kepong.


"Sukacita untuk saya memaklumkan di sini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan pembinaan Muzium Polis Bukit Kepong yang sebelum ini tertangguh beberapa kali berikutan lokasinya yang terletak di tebing Sungai Muar yang terdedah kepada banjir, namun setelah beberapa reka bentuk ubahsuai dipertimbangkan, pembinaan muzium tersebut boleh diteruskan di tempat yang sama," ujarnya.


PDRM kini dalam proses perancangan pembinaan muzium tersebut yang akan dilaksanakan setelah beberapa perkara meliputi isu reka bentuk bangunan moden dan bajet.


"Sesungguhnya ini merupakan satu lagi usaha PDRM dan kerajaan untuk mempertahankan khazanah negara," tambahnya lagi.


PDRM juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di Balai Polis Bukit Kepong ini bagi memelihara warisan PDRM sekaligus memastikan elemen sejarah dikekalkan sebagai pedoman kepada golongan muda dalam meneliti sejarah kemerdekaan negara.


Program pada hari ini menyaksikan deklamasi sajak oleh DSP Rose Baini binti Kasim dari Bukit Aman dan disusuli dengan persembahan pentomen yang penuh emosi dengan penceritaan semula tragedi berdarah serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong.


Turut mewarnai perjalanan program, upacara penyampaian sumbangan daripada YDH Ketua Polis Negara kepada waris-waris mangsa Tragedi Bukit Kepong dan surat-surat penghargaan kepada pegawai serta anggota PDRM Johor yang cemerlang dalam perkhidmatan mereka.


Program perhimpunan pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Kontinjen, dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.


Bukit diserang petualang durjana
Pahlawanku berkorban jiwa dan raga
Pertahan setiap inci tanah pusaka
Mencorak sejarah bumi merdeka


Perahu payung layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membina negara

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
SEGAK...Detachment Kawalan Kehormatan mengambil tempat.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Tabik hormat semasa lagu Negaraku dinyanyikan.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Pentas Utama..

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Bacaan lafaz ikrar diketuai oleh YDH ACP Mohammad Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Deklamasi sajak oleh DSP Rose Baini binti Kasim...

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
KEJAM..pengkisahan semula yang menunjukkan kebiadapan pengganas komunis kepada rakyat.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
JUANG..Pengorbanan Wira-wira Balai Polis Bukit Kepong tidak sewajarnya disia-siakan.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Pengkisahan ini diakui benar-benar menghambat emosi setiap penonton yang menyaksikannya.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Barisan watak yang menjayakan persembahan pentomen tersebut.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Barisan watak yang menjayakan persembahan pentomen tersebut tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
CEMERLANG...antara warga PDRM yang menerima surat penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Penyampaian cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara oleh YDH Ketua Polis Johor.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
YDH Ketua Polis Negara turut meluangkan masa bersama warga Polis Johor.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
TERHARU..penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada waris pejuang-pejuang Bukit Kepong.

Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Usah Perlekeh Pengorbanan Wira Bukit Kepong
Ziarah di pusara wira-wira negara Bukit Kepong...AL-FATIHAH.

Wartawan       :    L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto          :    L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting      :    Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM