Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Usah Percaya Taktik Terbaharu Curi Kenderaan

Published: 06 Mar 2015 2.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak polis telah mengesan satu sebaran maklumat palsu melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo Polis Diraja Malaysia yang mendakwa kononnya terdapat taktik terbaharu mencuri kereta
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/usah-percaya-taktik-terbaharu-curi-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT
Pihak polis telah mengesan satu sebaran maklumat palsu melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo Polis Diraja Malaysia yang mendakwa kononnya terdapat taktik terbaharu mencuri kereta dengan menggunakan sekeping kertas yang dilekatkan di cermin belakang kenderaan. Kertas tersebut didakwa digunakan sebagai umpan untuk mendorong pemandu keluar dari kenderaan bagi menanggalkannya kerana ia menghalang penglihatan. Seorang individu dikatakan akan keluar dari kawasan persembunyian dan akan meluru masuk ke dalam kereta serta melarikan kenderaan tersebut.

Semakan Polis mendapati TIADA kejadian seumpama itu berlaku dan meminta supaya sebaran maklumat palsu tersebut dihentikan serta merta kerana ia boleh menimbulkan rasa ketakutan di kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya mereka yang keluar bersendirian dan golongan wanita dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Usah Percaya Taktik Terbaharu Curi Kenderaan
ArticlePublished 06 Mar 2015 2.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM