Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Usah Panik Video Pocong Penyamun

Published: 16 Jun 2016 2.39 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Orang ramai tidak pcrlu panik atau bimbang dengan penyebaran video pocong yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook kononnya kumpulan penyamun membuat penyamaran menyerupai hantu melakukan jenayah di Jalan Sungai Ular, di sini. Dalam video berdurasi 54 saat dimuat naik oleh pemilik akaun dikenali sebagai Tok Jangut berkenaan sejak kelmarin menunjukkan pemandu sebuah kenderaan terserempak dengan makhluk berselu
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/usah-panik-video-pocong-penyamun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:58 MYT
USAH PANIK VIDEO POCONG PENYAMUNOrang ramai tidak pcrlu panik atau bimbang dengan penyebaran video pocong yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook kononnya kumpulan penyamun membuat penyamaran menyerupai hantu melakukan jenayah di Jalan Sungai Ular, di sini. 

Dalam video berdurasi 54 saat dimuat naik oleh pemilik akaun dikenali sebagai Tok Jangut berkenaan sejak kelmarin menunjukkan pemandu sebuah kenderaan terserempak dengan makhluk berselubung kain putih di tepi jalan menghampiri mereka 

Berikutan itu, pemilik akaun menasihati orang ramai yang melalui laluan terbabit supaya berhati-hati kerana ada pihak menyamar sebagai pocong mengambil kesempatan ke atas pemandu hingga menyebabkan mereka terbabas. 

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian terbabit. 

Polis berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh menimbitlkan panik.

Sumber : Harian Metro
ArticlePublished 16 Jun 2016 2.39 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM