Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur, 17 Feb - "Saya ingin mengingatkan kepada jaguh-jaguh kita, supaya memegang prinsip 'not to rely on recognition on previous achievements'
atau dengan kata lainnya tidak menjadi alpa dengan kejayaan yang telah
dicapai, sebaliknya terus dipertingkatkan dan memerlukan komitmen
melalui perancangan, pelaksanaan, latihan dan usaha yang gigih kerana
PDRM perlu maju dan sekiranya mampu, kita boleh mengulang kembali
sejarah sebagai peneraju sukan negara," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin
Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Malam Anugerah Sukan PDRM
2011 di PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau
turut menjelaskan, selain menjalankan tugas hakiki sebagai anggota
keselamatan, PDRM juga mempunyai anggota yang cemerlang di dalam arena
sukan negara dan dapat disimpulkan atlet PDRM juga secara langsung
membantu menaikkan imej PDRM di mata masyarakat.
"Saya
meminta agar Majlis Sukan PDRM sentiasa memantau pengurusan dan
perjalanan program-program yang telah dirancang supaya sentiasa 'on the right track' dan
dijalankan dengan penuh efisien serta keperluan dan kebajikan para
atlet dan persatuan-persatuan akan menjadi keutamaan kita.
Gaya Hidup Sihat
Seiring
dengan program budaya sihat PDRM yang kini telah dilaksanakan, setiap
kontinjen perlu memastikan kesihatan warga PDRM berada di tahap yang
terbaik.
"Selain
daripada kesihatan fizikal individu, aktiviti-aktiviti kesukanan adalah
landasan yang ideal ke arah membentuk persefahaman dan kerjasama yang
lebih jitu selain membentuk persefahaman, koordinasi dan integriti di
kalangan pegawai PDRM di samping memupuk dan mengeratkan tali
silaturahim dan semangat setia kawan di kalangan pegawai PDRM tanpa
mengira peringkat jawatan," jelasnya.
Di akhir ucapan, YDH Ketua Polis Negara menyarankan strategi sukan PDRM ditumpukan dalam acara-acara yang berbentuk 'niche' -
iaitu yang boleh dieksploitasi oleh pasukan kerana PDRM mempunyai
kemudahan dan kelengkapan untuk sukan tersebut termasuklah sukan bina
badan, silat, menembak, lawn bowl dan sebagainya.
Majlis
pada hari ini turut dihadiri Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md
Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene,
Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH
Pengarah-Pengarah PDRM, YDH SAC Zulkifli Bin Mohamed, Komandan PULAPOL
Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu jemputan.
Ketibaan YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Ucapan aluan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
Ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Antara Persembahan Sepanjang Majlis.
Penyampaian
Anugerah Kepada Kontinjen Terbaik Sepanjang Kejohanan Piala Ketua Polis
Negara Iaitu Tempat Pertama Kontinjen Selangor, Ke-2 Kontinjen Bukit
Aman, Ke-3 Kontinjen Johor.
kanan... Insp Gazali bin Yunos dari Kelab Bina Badan menerima anugerah sebagai Pengelola Sukan Terbaik.
kanan...P/Sjn Rosli bin Yaacob dari Kelab Tinju menerima anugerah sebagai Jurulatih Terbaik.
Kanan...L/Kpl Emma Firyana binti Saroji dari Kelab Boling Padang menerima anugerah sebagai Atlit Harapan Wanita.
Kanan...L/Kpl Tengku Sharizal bin Tengku Abd Rahman dari Kelab Tinju menerima anugerah, Atlit Harapan Lelaki.
kanan...L/Kpl/S Noor Amelia binti Musa dari Kelab Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawati Terbaik.
Paling kanan...L/Kpl Fauzi bin Khalid dari Kelab Silat Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawan Terbaik.
YDH
CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap
Pengerusi Majlis Sukan PDRM menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat mengakhiri acara majlis.
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : Konst Raymond bin Martin dan Konst Santher a/l Kumar Sengar
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan