Urb Kubang Pasu Tahan Penganggur Miliki Dadah
Seorang lelaki diberkas pihak polis kerana disyaki mengedar dadah dalam kejadian di Taman Cermai, di Kedah, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berjaya mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya dan menjumpai dadah jenis syabu seberat 0.36 gram di dalam beg galasnya.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Abd Rahim Abdullah berkata, anggotanya telah membawa suspek ke ke IPD Kubang Pasu untuk siasatan lanjut dan menjalankan ujian air kencing yang akhirnya menunjukkan suspek positif dadah.
Sumber: Sinar Harian