Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Urb Bantu Wujud Persekitaran Lebih Selamat Kepada Masyarakat

Published: 19 Jun 2014 1.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Melaka, 14 Feb - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang memulakan rondaan cegah jenayah sejak akhir bulan lepas di negeri ini mampu memberikan persekitaran lebih selamat kepada masyarakat, kata Ketua Po..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/urb-bantu-wujud-persekitaran-lebih-selamat-kepada-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:57 MYT

Melaka, 14 Feb - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang memulakan rondaan cegah jenayah sejak akhir bulan lepas di negeri ini mampu memberikan persekitaran lebih selamat kepada masyarakat, kata Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye.

Beliau berkata tindakan cekap dan pantas anggota URB terhadap sesuatu insiden jenayah seterusnya dapat meningkatkan tahap kayakinan masyarakat kepada polis.

Katanya URB Melaka yang dianggotai 51 anggota melakukan rondaan di kawasan perumahan, premis perniagaan dan kawasan perindustrian di seluruh negeri membabitkan tiga daerah.

"Setiap daerah akan mempunyai 17 anggota URB untuk lakukan rondaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan latihan dalam perkhidmatan pengendalian motosikal URB selama tiga hari bermula 12 Feb lepas melibatkan 51 anggota URB Melaka.

Beliau berkata dengan adanya unit URB, kekerapan pemantauan jenayah di negeri ini dapat ditingkatkan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM