Article
Upp Rampas 550 Pil Methaphetamine Bernilai Rm13 750 Di Tumpa
TUMPAT, 26 Julai 2010-- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan seorang lelaki dan merampas 550 biji pil dipercayai Methaphetamine bernilai RM13,750...
Komander UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata lelaki berusia 27 tahun dan penduduk tempatan itu ditahan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan anggota diketuai Sarjan Wan Yahya Wan Mahmud yang menerima maklumat orang ramai berhubung kegiatan pengedaran pil berkenaan kepada golongan belia tempatan.
"Ketika pemeriksaan dibuat ke atas lelaki itu, anggota pasukan menemui satu bungkusan dalam poket seluar yang dipakainya dan pemeriksaan lanjut menemui sebungkus lagi pada motosikal yang ditungganginya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Isnin.
Beliau berkata lelaki itu bersama motosikal jenis Honda EX-5 dan pil rampasan dibawa ke pejabat UPP Kawasan Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Polis Tumpat untuk tindakan lanjut.