Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Upp Padang Besar Rampas 319 Kilogram Daun Ketum

Published: 18 Jun 2014 3.12 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Alor Setar, 1 Nov - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar merampas 319 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan dua buah kereta dalam kejadian berasingan di Padang B..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-padang-besar-rampas-319-kilogram-daun-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:03 MYT

Alor Setar, 1 Nov - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar merampas 319 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan dua buah kereta dalam kejadian berasingan di Padang Besar, Perlis.

Komander UPP Padang Besar ASP Bahari Ahmad berkata daun ketum itu ditemui di dalam sebuah kereta Mitsubishi Isuzu dengan nombor pendaftaran Thailand yang ditahan pada pukul 12.15 tengah malam di Simpang Jalan Kampung Sena, Mukim Titi Tinggi.

"Selepas melakukan pemeriksaan, kami menjumpai empat bungkus plastik hitam berisi daun ketum seberat 45 kilogram bernilai RM3,600 di tempat duduk penumpang belakang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, UPP turut menjumpai kad pengenalan Thailand di dalam kenderaan terbabit.

Dalam kes kedua pula, 24 bungkus plastik hitam berisi daun ketum ditemui di bahagian depan dan belakang tempat duduk penumpang sebuah Proton Pesona yang ditahan di Jalan Menerong, Mukim Titi Tinggi pada pukul 2 pagi ini.

"Selain itu kami juga menjumpai beberapa bungkusan di dalam bonet kereta terbabit. Kesemua bungkusan yang ditemui seberat 274 kilogram yang harga pasarannya di Thailand dianggarkan berjumlah RM21,920," kata Bahari.

Beliau berkata kedua-dua pemandu kereta berkenaan melarikan diri ke dalam kawasan semak berdekatan.

Katanya kes dirujuk ke Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.12 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM