Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Upp Kedah Tahan Lelaki Rampas Mercun Bernilai Rm3 000

Published: 17 Jun 2014 8.01 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Bukit Kayu Hitam, 23 Julai - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang cuba di seludup mas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-kedah-tahan-lelaki-rampas-mercun-bernilai-rm3-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:07 MYT

Bukit Kayu Hitam, 23 Julai - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang cuba di seludup masuk ke negara ini semalam.

Komander UPP Bukit Kayu Hitam ASP Shahidan Ladin berkata kira-kira pukul 4 petang semalam, anggotanya menahan sebuah kereta jenis Proton Persona di KM 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Changlun yang didapati mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api berbahaya diletak di tempat duduk belakang dan bonet belakang.

Suspek didapati menutup barangan terlarang itu dengan kain berwarna gelap bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mengambil kesempatan masuk ke negara ini ketika trafik sibuk iaitu waktu kakitangan kerajaan balik kerja.

"Kita percaya mercun ini akan dihantar kepada seorang ejen di Pulau Pinang dan menjualnya pada harga tiga kali ganda nilai barangan tersebut," katanya kepada pemberita. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.01 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM