Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Upp Kedah Patahkan Cubaan Seludup 96 56 Kg Ganja Bernilai Rm

Published: 17 Jun 2014 7.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Bukit Kayu Hitam, 21 Julai - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk ganja dari Thailand seberat 96.56 kilogram bernilai RM245,000 di sini Rabu lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-kedah-patahkan-cubaan-seludup-96-56-kg-ganja-bernilai-rm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT

Bukit Kayu Hitam, 21 Julai - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk ganja dari Thailand seberat 96.56 kilogram bernilai RM245,000 di sini Rabu lepas.

Komander UPP Kedah Abdul Latif Abd Rahman berkata dadah ditemui dalam sebuah Proton Wira berwarna putih milik suspek berusia 19 tahun kira-kira pukul 9 malam hari tersebut, ketika anggotanya melakukan pemeriksaan di kilometer 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Thailand.

Katanya, curiga dengan suspek yang baru saja melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, anggotanya meminta kad pengenalan sebelum suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan keretanya dan beberapa dokumen pengenalan diri.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta terdapat 98 ketulan dipercayai ganja diletakkan di bawah tempat duduk belakang dan dalam kotak speaker yang diubahsuai di but," katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Abdul Latif berkata suspek yang tiada rekod jenayah lampau sebelum ini dipercayai mengambil upah membawa masuk dadah, dikatakan ke Thailand pada 7 Julai lepas dan masuk semula ke negara pada Rabu.

Beliau berkata kes kemudiannya diserahkan kepada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan dan usaha mencari suspek giat dijalankan.

Katanya dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran negara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.

Bagi membantu siasatan, polis kini sedang mengesan lelaki dikenali sebagai Norizdhan Faridzuan Yazet, 19, dari Pendang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Norizdhan boleh menghubungi IPD Kubang Pasu di talian 04-9176999/2222 atau mana-mana balai polis terdekat.

Dalam perkembangan lain, Abdul Latif berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis pakaian tiruan pelbagai jenama dan kain batik Indonesia bernilai ribuan ringgit di kilometer 35 Jalan Kota Putra, arah Padang Sanai kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat lepas.

Beliau berkata pihaknya menahan dua lori, masing-masing dipandu lelaki berusia 29 dan 42 tahun, yang membawa masuk pelbagai jenis pakaian dan kain batik secara tidak sah ketika waktu solat Jumaat.

"Ini taktik mereka guna untuk kaburi mata pihak berkuasa. Masuk barangan pada waktu solat Jumaat dan turut campurkan barangan yang telah dibayar cukai dengan barangan larangan," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti Kastam atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM