Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kelantan Rampas Pistol Berkas Dua Pembekal Senjata Ap

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Kota Baharu, 21 Julai - Polis Kelantan merampas tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan dan menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas awal hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-rampas-pistol-berkas-dua-pembekal-senjata-ap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:48 MYT

Kota Baharu, 21 Julai - Polis Kelantan merampas tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan dan menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas awal hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek termasuk remaja berusia 15 tahun yang sudah tidak bersekolah itu dipercayai pembekal senjata api untuk disewakan. Seorang lagi suspek berusia 29 tahun.

Pistol yang dirampas adalah jenis Colt dan Mikros serta satu pistol tiruan jenama Baby 111-CAPA 3.8, katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya dalam serbuan pukul 3 pagi itu polis turut merampas tiga kelopak dengan dua daripadanya kosong sementara satu lagi berisi empat butir peluru.

Polis juga merampas alat renjatan elektrik dan satu peket plastik berisi tiga biji pil kuda, katanya menambah kedua-dua suspek positif dadah.

Katanya polis kini menjejaki seorang wanita berusia 29 tahun yang dipercayai rakan mereka. Menurut Jalaluddin siasatan awal polis mendapati senjata api terbabit
disewakan pada kadar RM500 hingga RM1,000.

"Kita akan hantar semua senjata berkenaan kepada pihak forensik untuk memastikan adakah senjata itu terbabit dalam beberapa kes tembakan di Kelantan sebelum ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan, katanya.

Jalaluddin berkata polis juga menyiasat kes itu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Menurut beliau sejak Januari tahun ini polis Kelantan telah merampas lima senjata api dan sepucuk raifel M-16 berbanding enam pucuk pistol sepanjang tahun lepas dan sembilan pucuk pada 2011.

Dalam tahun ini juga sudah berlaku enam kes tembakan di Kelantan, katanya. Kes terbaharu berlaku 8 Julai lepas membabitkan seorang guru lelaki berusia 43 tahun yang maut selepas terkena dua das tembakan ketika keluar dari kawasan sekolah di Bachok.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM