Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Video Pilihan Isu Peribadi Dengan Isteri Kekal Motif Utama Kes Tembakan Klia Pengarah Jsj

Diterbitkan: 16 Apr 2024 9.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.18 PM
Kota Bharu, 16 April 2024 - Polis mengesahkan motif utama lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya masih sama iaitu berkaitan perihal peribadi di antara suspek dan isterinya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-isu-peribadi-dengan-isteri-kekal-motif-utama-kes-tembakan-klia-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:17 MYT
Kota Bharu, 16 April 2024 - Polis mengesahkan motif utama lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya masih sama iaitu berkaitan perihal peribadi di antara suspek dan isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang unsur lain yang mendorong suspek, Hafizul Hawari, 38, melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, kelmarin.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata soal siasat juga mendapati suspek seorang yang normal.

"Setakat ini, pihak kami tidak mengesan sebarang unsur lain yang mendorong suspek untuk bertindak cuba menembak isterinya.

"Suspek akan dibawa ke Selangor untuk tindakan lanjut serta beberapa saksi akan juga akan dipanggil untuk membantu siasatan kes ini," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../isu-peribadi-dengan-isteri...


Update Video Pilihan Isu Peribadi Dengan Isteri Kekal Motif Utama Kes Tembakan Klia Pengarah Jsj
ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2024 9.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.18 PM