
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Mdn Hadir Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ipd Pengkalan Hulu Dan Pesara Polis
Pengkalan Hulu, 16 April 2024 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga...
Pengkalan Hulu, 16 April 2024 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan pesara polis di Perkarangan IPD Pengkalan Hulu, Perak, semalam.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut berbesar hati meluangkan masa bertemu dengan warga PDRM terutamanya warga IPD Pengkalan Hulu yang telah bertungkus lumus bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan bagi memastikan keamanan, ketenteraman awam serta keselamatan negara terpelihara.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mazratul Akmar Ahamed Sabki, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, DSP Zulkepli Ibrahim dan warga kerja IPD Pengkalan Hulu.
Sumber: Shamsul Anuar Nasarah