Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Video Pilihan Ceo Gisbh Isteri Dan Anak Antara 19 Direman Bantu Siasatan

Published: 19 Sep 2024 9.18 AM Updated: 17 Jul 2026 2.26 AM
Permohonan reman ke atas individu berusia antara 25 hingga 65 tahun itu dikemukakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-ceo-gisbh-isteri-dan-anak-antara-19-direman-bantu-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT
Kuala Lumpur, 19 September 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services And Business Holdings (GISBH) bersama isteri dan anaknya antara 19 individu direman tujuh hari bermula hari ini.

Permohonan reman ke atas individu berusia antara 25 hingga 65 tahun itu dikemukakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret di sini.

Kesemua mereka akan dibawa dan ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Mereka yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita dipercayai merupakan pemimpin kanan syarikat berkenaan tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada kira-kira jam 2.50 petang.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan yang dilakukan hasil serbuan jam 5.40 pagi tadi di sebuah premis kediaman di Jalan Imbi, ibu negara.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.buletintv3.my/.../ceo-gisbh-isteri-dan-anak.../

Sumber: Buletin TV3

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=929439612558363
ArticlePublished 19 Sep 2024 9.18 AMUpdated 17 Jul 2026 2.26 AM