Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Video Pilihan 5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Sokong Tanam Ideologi Is

Diterbitkan: 19 Jun 2024 5.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.08 PM
Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalak dan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-5-ahli-keluarga-suspek-serangan-balai-polis-ulu-tiram-didakwa-sokong-tanam-ideologi-is
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:40 MYT
Johor Bahru, 19 Jun 2024 - Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalak dan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).

Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura.

Turut didakwa, tiga adik beradik suspek lelaki yang ditembak mati pada 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19.

Pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Radin Imran berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas IS.

Fahaman itu didakwa telah disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isteri serta tiga anaknya.

Anak lelaki sulungnya pula berdepan dua pertuduhan, manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berdepan satu pertuduhan.

Terdahulu, lima ahli keluarga suspek tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi tadi dengan dikawal ketat hampir 30 anggota polis.

Sekitar kompleks mahkamah turut dikawal ketat puluhan anggota polis sejak jam 7 pagi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../5-ahli-keluarga-suspek...

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2024 5.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.08 PM