Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Posting Pilihan Mendiang Konstabel Nicholester Dadup Selamat Disemadikan

Diterbitkan: 05 Nov 2020 1.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Jasad wira negara, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat yang meninggal dunia pada 1 November lalu telah selamat disemadikan dalam satu upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Nirvana Memorial Park di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-posting-pilihan-mendiang-konstabel-nicholester-dadup-selamat-disemadikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:46 MYT

Sibu, 5 November 2020 – Jasad wira negara, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat yang meninggal dunia pada 1 November lalu telah selamat disemadikan dalam satu upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Nirvana Memorial Park di sini, petang tadi.

Mendiang Konstabel Nicholester meninggal dunia akibat cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bharu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Tuan Stanley Jonathan Ringgit telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang dan turut menzahirkan penghargaan serta terima kasih buat keluarga beliau.

Terdahulu, keranda yang membawa jasad mendiang itu dibawa ke kawasan pengebumian oleh pengusung yang terdiri daripada Pegawai Pangkat Rendah Polis.

Kemuncak upacara turut menyaksikan sesi penyerahan bendera Sang Saka Biru oleh ACP Tuan Stanley Jonathan kepada ayah mendiang sebagai simbolik penghargaan tertinggi daripada Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir dalam upacara tersebut adalah warga kerja Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu dan ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

Sumber: Ibu Pejabat Polis Sibu

ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2020 1.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM