Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Polis Trafik Seremban Kenal Pasti Pemandu Alza Lawan Arus

Published: 05 Nov 2020 12.05 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah berjaya mengesan pemandu kenderaan Perodua Alza yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan di sekitar Hentian Rehat Senawang, pada 3 November lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-polis-trafik-seremban-kenal-pasti-pemandu-alza-lawan-arus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT

Seremban, 5 November 2020 – Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah berjaya mengesan pemandu kenderaan Perodua Alza yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan di sekitar Hentian Rehat Senawang, pada 3 November lalu.

Suspek telah tampil ke IPD Seremban bersama penumpang dan kenderaan yang dipandu ketika kejadian.

“Hasil siasatan mendapati semasa kejadian, suspek bersama seorang penumpang bergerak dari arah Johor Bharu menuju ke Kuala Lumpur. Apabila tiba di kawasan Hentian Rehat Senawang, suspek telah terputus hubungan dengan rakan yang menunggang motosikal bergerak bersamanya.

“Suspek kemudiannya bertindak membuat pusingan-U di lebuh raya tersebut dan memandu di lorong kecemasan sehingga ke susur Tol Pedas-Linggi (U) untuk mengesan penunggang itu,” jelas Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd. Said Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Pemandu kereta tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula semalam manakala penumpang kenderaan telah diberi jaminan polis. Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua mereka negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

ArticlePublished 05 Nov 2020 12.05 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM