Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Keratan Akhbar Pilihan Penganggur Dituduh Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan Johor

Published: 29 Apr 2023 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 April 2023 - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini kelmarin, kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-penganggur-dituduh-buat-hantaran-jelik-terhadap-sultan-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:26 MYT
Kuala Lumpur, 29 April 2023 - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini kelmarin, kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lalu.

Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil ‘Indera Mulia’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada jam 10.29 pagi, 21 April lalu.

Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, di sini pada jam 6.00 petang, 24 April lalu.

Pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 4 people and text
 
 
ArticlePublished 29 Apr 2023 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM