Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Pasangan Kekasih Mengaku Salah Tunggang Motosikal Cara Bahaya

Diterbitkan: 06 May 2023 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuantan, 6 Mei 2023 - Dua remaja mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik di sini, semalam atas kesalahan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng motosikal di Jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu pada 12 Mac lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-pasangan-kekasih-mengaku-salah-tunggang-motosikal-cara-bahaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuantan, 6 Mei 2023 - Dua remaja mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik di sini, semalam atas kesalahan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng motosikal di Jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu pada 12 Mac lalu.

Pasangan masing-masing berusia 17 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Bagi pertuduhan terhadap remaja lelaki terbabit pada jam 5.30 petang 12 Mac lalu, tertuduh menunggang motosikal Honda EX5 putih dengan melakukan aksi berbahaya.

Remaja perempuan yang masih bersekolah di tingkatan lima sebagai pembonceng dituduh kerana membantu penunggang melakukan aksi berbahaya terbabit.

Mengikut pertuduhan, aksi itu berbahaya kepada pengguna jalan raya lain apabila mengangkat tayar hadapan dari arah Jalan Chendor ke Kemaman dengan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 06 May 2023 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM