Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Bapa Ditahan Bagi Anak 2 Tahun Hisap Vape

Diterbitkan: 06 May 2021 7.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gombak, 6 Mei 2021 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang memberi anaknya menghisap rokok elektronik atau vape yang tular di media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-bapa-ditahan-bagi-anak-2-tahun-hisap-vape
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:01 MYT

Gombak, 6 Mei 2021 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang memberi anaknya menghisap rokok elektronik atau vape yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak, kelmarin.

"Pada 4.50 petang kelmarin, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak polis ke sebuah rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan Off Jalan Genting Klang, Setapak untuk pemeriksaan.

"JKM dan PDRM kemudian menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan membawanya bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kanak-kanak dan ibu ditahan wad HKL," katanya.

Tuan Arifai berkata, polis kemudian menahan bapa kanak-kanak itu yang berusia 23 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1 )(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 06 May 2021 7.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM