Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Keratan Akhbar Pilihan 12 Individu Direman Tujuh Hari Kpn

Published: 07 Apr 2024 1.49 AM Updated: 15 Aug 2026 6.50 PM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga daripada 12 individu berkenaan membabitkan dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-12-individu-direman-tujuh-hari-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:21 MYT
Kuala Lumpur, 7 April 2024 - Seramai 12 individu baharu yang ditahan berhubung siasatan kes penemuan enam pucuk pistol pada seorang lelaki warga Israel direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga daripada 12 individu berkenaan membabitkan dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia.

Menurutnya, penahanan mereka menjadikan keseluruhan 16 individu ditahan bagi siasatan ke atas suspek utama warga Israel berusia 38 tahun.

Katanya, selain itu mereka yang ditahan itu termasuk suami isteri berusia 42 dan 40 tahun yang menjual pistol dan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pemandu warga Israel terbabit.

“Semua mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan Cawangan Khas.

“Individu terbabit ditahan dalam serbuan dijalankan di ibu negara, Johor dan Kelantan hasil risikan, siasatan serta maklumat awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 07 Apr 2024 1.49 AMUpdated 15 Aug 2026 6.50 PM