Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Kdymm Raja Permaisuri Agong Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kedua Dua Wira Pasukan Yang Terkorban

Diterbitkan: 18 May 2024 4.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Sumber Video: Sinar Harian dan Polis Johor
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-kdymm-raja-permaisuri-agong-beri-penghormatan-terakhir-kepada-kedua-dua-wira-pasukan-yang-terkorban
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bercemar duli tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terkorban dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyantuni ahli keluarga kedua-dua wira Pasukan yang berada di masjid tersebut.

Seusai itu, jenazah kedua-dua wira Pasukan telah selamat dihantar pulang kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, Pahang pada sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Sumber Video: Sinar Harian dan Polis Johor
Update Kdymm Raja Permaisuri Agong Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kedua Dua Wira Pasukan Yang Terkorban
 
 
ArtikelDiterbitkan 18 May 2024 4.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM