
Artikel
Update Artikel Pilihan Suspek Punca Anggota Polis Maut Akhirnya Ditahan
Sungai Petani, 11 Januari 2021 - Selepas lebih tiga hari melarikan diri daripada buruan polis, suspek yang dipercayai Ketua Geng Min akhirnya dicekup polis dal...
Sungai Petani, 11 Januari 2021 - Selepas lebih tiga hari melarikan diri daripada buruan polis, suspek yang dipercayai Ketua Geng Min akhirnya dicekup polis dalam serbuan Op Pintu, semalam.
Suspek berusia 23 tahun yang dikenali dengan panggilan Mat Nen itu diburu selepas melarikan diri ketika dikejar anggota polis di Padang Temusu, Jumaat lalu sehingga menyebabkan anggota terbabit maut dilanggar sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Tuan Adzli Abu Shah berkata, suspek ditahan pada jam 6.30 petang semalam di sebuah stesen minyak di Tikam Batu, di sini.
Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan ketika proses tangkapan dilakukan.
"Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
"Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah dan pernah dihukum penjara kerana kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber: