
Artikel
Update Artikel Pilihan Simbah Oku Air Panas Wanita Dipenjara 10 Tahun Denda Rm6 000
Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Oo Saw Kee, 39, mengaku bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubaha...
Balik Pulau, 23 April 2024 - Seorang promoter dihukum penjara 10 tahun serta denda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas lelaki orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down.
Ketika prosiding, Tuan Ahzal Fariz berkata, setelah meneliti fakta kes, mahkamah mendapati tindakan tertuduh adalah perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat, tambah-tambah lagi tiada provokasi langsung daripada mangsa.
"Mahkamah sudah tentu perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman ini bertujuan memberi peringatan agar perbuatan ini tidak diulangi terutama kepada golongan istimewa.
"Masyarakat majmuk di Malaysia tidak membenarkan perbuatan seperti ini berlaku, oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000, dan penjara 12 bulan jika denda tersebut tidak dibayar," katanya.
Sumber: Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1238095/simbah-oku-air-panas-wanita-dipenjara-10-tahun-denda-rm6000