Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Nahas Helikopter Tldm Tujuh Mangsa Lelaki Tiga Wanita Dibedah Siasat Di Hrpb

Diterbitkan: 23 Apr 2024 10.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.17 PM
Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata bagaimanapun identiti dan butiran lengkap semua mangsa hanya akan dimaklumkan oleh pihak TLDM selain hasil siasatan insiden itu diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-nahas-helikopter-tldm-tujuh-mangsa-lelaki-tiga-wanita-dibedah-siasat-di-hrpb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:15 MYT
Lumut, 23 April 2024 - 10 mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi tadi membabitkan tujuh lelaki serta tiga wanita.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata bagaimanapun identiti dan butiran lengkap semua mangsa hanya akan dimaklumkan oleh pihak TLDM selain hasil siasatan insiden itu diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kesemua mayat mangsa insiden membabitkan dua helikopter iaitu jenis HOM M5033 dan Fennec M5026 itu dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, di sini sebelum akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh selepas semua waris ahli keluarga mangsa tiba di Lumut.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian sedang dilakukan dengan diketuai oleh TLDM, dibantu polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membabitkan dua lokasi pesawat terhempas iaitu berdekatan stadium bola sepak dan kolam renang dalam kawasan pangkalan TLDM itu.

"Semua mangsa sudah dibawa keluar (dari tapak nahas berlaku) seterusnya dihantar ke Hospital Angkatan Tentera di Lumut. Namun proses bedah siasat kita akan buat di HRPB.

"Siasatan masih di peringkat awal dan kita serahkan kepada pihak ATM," katanya pada sidang media sempena nahas itu di pintu pagar hadapan Pengkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1238151/nahas-helikopter-tldm-tujuh-mangsa-lelaki-tiga-wanita-dibedah-siasat
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2024 10.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.17 PM