Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Polis Tunggu Laporan Puspakom Pengarah Jspt

Diterbitkan: 19 Nov 2024 8.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu laporan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan melibatkan kereta orang awam dengan kenderaan pasukan itu yang disyaki mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan, pada Sabtu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-polis-tunggu-laporan-puspakom-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:23 MYT
Kuala Lumpur, 19 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu laporan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan melibatkan kereta orang awam dengan kenderaan pasukan itu yang disyaki mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kesemua individu terbabit dalam kemalangan itu sudah dipanggil bagi merakam percakapan.

"Sebaik kertas siasatan dilengkapkan kita akan menghantar ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan itu di Seremban, Negeri Sembilan.

Pada Ahad, tular video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM mengiringi VIP merempuh kereta jenis Proton Saga.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 19 Nov 2024 8.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM