Artikel
Artikel Pilihan Isu Tular Polis Buru Empat Lelaki Samun Bersenjata Api Di Bukit Selambau
Sungai Petani, 19 November 2024 – Polis sedang memburu empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit...
Sungai Petani, 19 November 2024 – Polis sedang memburu empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit di Kampung Perak Sungkup, Bukit Selambau, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 1.50 tengah hari yang memaklumkan tentang insiden samun menggunakan senjata api di lokasi kejadian.
“Sebuah kereta Honda City dilihat memasuki kawasan premis. Tiga suspek lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam turun dari kereta dan meluru ke arah beberapa pekerja di hadapan premis tersebut, manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam kenderaan”.
“Semasa kejadian, suspek menggunakan pistol dan parang. Seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap dan melepaskan tembakan ke arah siling premis sebelum melarikan diri dengan kereta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 04-4236999.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: BERNAMA