Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Polis Sudah Kenal Pasti Empat Suspek Didakwa Dera Ummu Atiyyah Kpn

Published: 21 Oct 2024 12.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Jerantut, 21 Oktober 2024 - Polis sudah mengenal pasti empat lelaki yang dipercayai terbabit mendera Ummu Atiyyah yang juga anak Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sudah menerima nama suspek berdasarkan laporan polis dibuat mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-polis-sudah-kenal-pasti-empat-suspek-didakwa-dera-ummu-atiyyah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Jerantut, 21 Oktober 2024 - Polis sudah mengenal pasti empat lelaki yang dipercayai terbabit mendera Ummu Atiyyah yang juga anak Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sudah menerima nama suspek berdasarkan laporan polis dibuat mangsa.

"Setakat ini, kami sudah mengenal pasti suspek terbabit yang berusia 20 tahun ke atas berdasarkan laporan polis dibuat mangsa yang turut didedahkan menerusi YouTube oleh pengadu (Ummu Atiyyah) dalam kes ini. Siasatan masih dijalankan.
"Ada pihak mendakwa polis bertindak tergesa-gesa dalam kes ini (Global Ikhwan Services and Business Holdings) tetapi kami tidak terburu-buru.

"Kami juga tidak bertindak sebarangan dalam melakukan tangkapan sebaik menerima laporan seperti ini (dakwaan Ummu Atiyyah) yang mungkin menjadi persepsi orang ramai dan itu adalah salah.

"Kami akan menjalankan siasatan sebaik menerima laporan, malah semalam kami ke Ipoh sebaik menerima laporan. Setakat ini, kami serba sedikit tahu (suspek) dan akan memanggil mereka untuk dirakam keterangan," katanya di Taman Negara Kuala Tahan, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-sudah-kenal-pasti-4...

Sumber: Berita Harian

Update Artikel Pilihan Polis Sudah Kenal Pasti Empat Suspek Didakwa Dera Ummu Atiyyah Kpn
ArticlePublished 21 Oct 2024 12.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM