
Article
Update Artikel Pilihan Polis Siasat Ambil Keterangan Koo Ham
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika mengesahkan perkara itu, memaklumkan Koo Ham dan 66 individu lain dipanggil untu...
Kuala Lumpur, 16 Januari 2024 - Bukit Aman sudah merakam keterangan Ahli Parlimen DAP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berkait kes campur tangan dalam hal ehwal agama Islam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika mengesahkan perkara itu, memaklumkan Koo Ham dan 66 individu lain dipanggil untuk membantu siasatan.
"Seramai 66 saksi sudah dirakam keterangan, termasuk pengadu yang membuat laporan polis dan media yang menyiarkan berita isu itu. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
'Setakat ini, terdapat 70 laporan polis berkaitan isu ini dan siasatan masih diteruskan," katanya kepada Berita Harian hari ini, namun tidak memperincikan bila Koo Ham memberi keterangan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,