
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Hadir Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Pameran Dsa Dan Nastec 2024
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Setiausaha Kementeri...
Kuala Lumpur, 16 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali hadir mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Pameran Defence Services Asia 2024 dan National Security Asia 2024 (DSA NATSEC Asia 2024) di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini semalam.
Pameran DSA 2024 merupakan pameran yang ke-18 dalam siri penganjurannya manakala NATSEC Asia 2024 pula adalah kali ketiga yang akan diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 6 hingga 9 Mei 2024.
Pameran tersebut adalah melibatkan pameran statik peralatan, teknologi pertahanan, sistem persenjataan terkini untuk memenuhi keperluan pasukan pertahanan dan keselamatan dalam negara selain negara di rantau Asia Pasifik.
Pameran akan dibuka kepada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bidang pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan dengan melibatkan 1,200 penyertaan pempamer dari 67 buah negara.