Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Polis Siasat Ambil Keterangan Koo Ham

Diterbitkan: 16 Jan 2024 12.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika mengesahkan perkara itu, memaklumkan Koo Ham dan 66 individu lain dipanggil untuk membantu siasatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-polis-siasat-ambil-keterangan-koo-ham
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT
Kuala Lumpur, 16 Januari 2024 - Bukit Aman sudah merakam keterangan Ahli Parlimen DAP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berkait kes campur tangan dalam hal ehwal agama Islam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika mengesahkan perkara itu, memaklumkan Koo Ham dan 66 individu lain dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurutnya, Ahli Parlimen Beruas itu satu-satunya yang disiasat tanpa membabitkan individu lain kecuali saksi yang ada kaitan dalam kes berkenaan.

"Seramai 66 saksi sudah dirakam keterangan, termasuk pengadu yang membuat laporan polis dan media yang menyiarkan berita isu itu. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

'Setakat ini, terdapat 70 laporan polis berkaitan isu ini dan siasatan masih diteruskan," katanya kepada Berita Harian hari ini, namun tidak memperincikan bila Koo Ham memberi keterangan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain. - NSTP/FOTO FAIL
ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2024 12.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM