Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Polis Saman Pemandu Bas Tular Guna Telefon

Published: 02 Apr 2023 8.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bukit Mertajam, 2 April 2023 - Polis mengeluarkan saman ke atas pemandu bas yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-polis-saman-pemandu-bas-tular-guna-telefon
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Bukit Mertajam, 2 April 2023 - Polis mengeluarkan saman ke atas pemandu bas yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan diambil ke atas pemandu bas berkenaan mengikut Peraturan 17A LN166/59 kerana memandu menggunakan telefon tanpa alat bebas tangan.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 28 Mac lalu di Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan).

"Polis berjaya mengesan pemandu bas terbabit dan mengarahkan dia hadir ke Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang, hari ini.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Dato' Mohd Shuhaily berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas pemandu bas itu didapati ia bebas daripada penyalahgunaan dadah.
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan pemandu bas menggunakan telefon ketika memandu.
ArticlePublished 02 Apr 2023 8.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM