Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Penunggang Ducati Maut Suspek Tunggang Motosikal Lawan Arus Serah Diri

Diterbitkan: 17 Jun 2023 7.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 17 Jun 2203: Penunggang motosikal melawan arus sehingga menyebabkan Ahmad Fadzil Omar Azzadin, penunggang motosikal berkuasa tinggi, Ducati Panigale maut terjatuh dari jejambat lebuh raya dalam nahas Rabu lalu, tampil membuat laporan polis semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-penunggang-ducati-maut-suspek-tunggang-motosikal-lawan-arus-serah-diri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Kuala Lumpur, 17 Jun 2203: Penunggang motosikal melawan arus sehingga menyebabkan Ahmad Fadzil Omar Azzadin, penunggang motosikal berkuasa tinggi, Ducati Panigale maut terjatuh dari jejambat lebuh raya dalam nahas Rabu lalu, tampil membuat laporan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor yang berniaga makanan itu juga sudah dirakam keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang.
Setakat ini, katanya, polis sudah merakam keterangan enam orang termasuk suspek berkait nahas kira-kira jam 1.05 tengah hari di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang itu.
ACP Mohd Azam berkata, melalui keterangan, suspek memaklumkan pada hari kejadian dia tersesat ketika dalam perjalanan dari Ampang pulang ke rumahnya di Kajang.
Berikutan itu, katanya, suspek yang juga seorang peniaga makanan itu membuat keputusan memasuki jejambat Lebuhraya SUKE secara melawan arus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.
"Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh daripada motosikalnya.
"Selepas kemalangan, suspek terus pulang ke rumah dan hanya mengetahui mengenai insiden menimpa mangsa setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../penunggang-ducati-maut...

Sumber: Berita Harian Online

Update Artikel Pilihan Penunggang Ducati Maut Suspek Tunggang Motosikal Lawan Arus Serah Diri
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2023 7.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM