Update Artikel Pilihan Penjual Kuih Didakwa Bunuh Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal
George Town, 23 April 2021 - Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kejadian 17 April lalu.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Arafat Taufik, 35, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.
Mohd Arafat didakwa membunuh Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, dengan cara memandu secara bahaya iaitu menghimpit motosikal mangsa dan menyebabkan dia jatuh lalu menyebabkan kematian.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Utama di sini, antara 1 pagi hingga 2 pagi pada 17 April lalu.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/…/penjual-kuih-didakwa-bunuh-angg…
Sumber: Harian Metro
