Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Pemandu Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan Serah Diri

Published: 14 Dec 2021 7.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Port Dickson, 14 Disember 2021 - Pemandu lori tangki yang dikesan memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dalam sebuah video yang tular di Facebook telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-pemandu-lori-tangki-guna-lorong-kecemasan-serah-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Port Dickson, 14 Disember 2021 - Pemandu lori tangki yang dikesan memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dalam sebuah video yang tular di Facebook telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 34 tahun itu telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 2.45 petang.

“Lelaki berkenaan hadir setelah video rakaman beliau memandu di lorong kecemasan telah ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Semalam tular video berdurasi 16 saat di Facebook memaparkan sebuah lori tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:

ArticlePublished 14 Dec 2021 7.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM