Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Timbalan Kpn Diteruskan Ke Kontinjen Selangor

Diterbitkan: 14 Dec 2021 9.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 14 Disember 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim meneruskan tentatif lawatan kerja dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama isteri iaitu Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Datin Seri Hjh. Anizah Musa, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-timbalan-kpn-diteruskan-ke-kontinjen-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:10 MYT
Shah Alam, 14 Disember 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim meneruskan tentatif lawatan kerja dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama isteri iaitu Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Datin Seri Hjh. Anizah Musa, di sini pagi tadi.

Kehadiran beliau telah disambut dengan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada pegawai serta anggota lain-lain pangkat sebelum diiringi oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed menuju ke Auditorium, Menara 1, IPK Selangor bagi penyampaian Sijil Penghargaan kepada warga kerja kontinjen berkenaan.

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Hj. Mazlan turut menyampaikan amanat kepada warga IPK agar memperkemaskan lagi jaringan keselamatan sedia ada dan memantapkan jentera Pasukan dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan modal insan, aset, kebajikan dan penjagaan kesihatan.

Timbalan KPN seterusnya merasmikan Mes Pegawai Kanan IPK Selangor, yang mana merupakan sebahagian daripada entiti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang lahir dari tradisi “Viking” yang kemudiannya diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1914.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan berserta sejumlah wang tunai kepada 37 orang penerima pesara serta asnaf dalam kalangan keluarga warga kontinjen Selangor.

Seusai majlis di IPK Selangor, Timbalan KPN dan isteri dengan diiringi oleh CP Dato’ Arjunaidi serta isteri, Datin Baidzura Su mengambil kesempatan membuat lawatan kebajikan serta memberikan sumbangan kepada seorang balu anggota polis iaitu Puan Siti Rohaidah Salleh yang telah kehilangan suami beliau, Allahyarham Koperal Ahmad Syukri Sabang pernah bertugas di Balai Polis Sungai Way Selangor, di kediaman beliau, Perumahan Sungai Way Putrajaya, Selangor.

Terdahulu, Timbalan KPN juga berkesempatan mengadakan lawatan ke atas dua orang pesara polis yang terlantar sakit di kediaman mereka masing-masing beralamat di Taman Kampung Kuantan Klang, Selangor iaitu pesara Sub Inspektor Yahaya Zainuddin bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak dan pesara Sarjan Mejar Yaacob Ahmad bertugas di IPD Klang Selatan, Selangor.

Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, DCP Datuk Sulaiman Salleh, Timbalan Pengarah Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Tuan Sulaiman Yahaya, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan Ketua-ketua jabatan.

Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 7 people, people standing and text

May be an image of 12 people, people playing musical instruments, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing, military uniform and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and headscarf

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text that says 'MAZLAN'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people, people sitting and indoor


ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2021 9.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM