Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Pekerja Gudang Mengaku Rempuh Polis Trafik

Published: 21 Dec 2023 9.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Shah Alam, 21 Disember 2023 - Seorang penunggang motosikal mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan merempuh seorang anggota polis trafik ketika operasi sekatan jalan raya pada 3 Disember lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-pekerja-gudang-mengaku-rempuh-polis-trafik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:01 MYT
Shah Alam, 21 Disember 2023 - Seorang penunggang motosikal mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan merempuh seorang anggota polis trafik ketika operasi sekatan jalan raya pada 3 Disember lalu.

Muhammad Khairul Syazwan Sulaiman, 22, membuat pengakuan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja menghalang Koperal Ahmad Haizaki Salimon menjalankan tugasnya iaitu Penguatkuasa Kawalan Lalu Lintas Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang juga penjawat awam.

Tertuduh enggan memberi kerjasama ketika arahan untuk memberhentikan motosikal Yamaha Y15 ditunggang bagi tujuan pemeriksaan.
Bagi pertuduhan kedua, pekerja gudang itu dituduh menunggang motosikal secara berbahaya.

Kedua-dua kesalahan didakwa itu dilakukan dekat Persiaran Sultan dari arah Hotel Mardhiyyah Shah Alam menghala ke Persiaran Perbandaran di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kira-kira jam 12.30 tengah malam, 3 Disember lalu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Update Artikel Pilihan Pekerja Gudang Mengaku Rempuh Polis Trafik
ArticlePublished 21 Dec 2023 9.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM