Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Pdrm Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Buku Tommy Thomas

Published: 28 Oct 2022 2.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-pdrm-sedang-lengkapkan-kertas-siasatan-buku-tommy-thomas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:24 MYT
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan diterima semula pada 25 Oktober lepas dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.

“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini, PDRM selesai merakam keterangan Thomas berhubung buku itu.
Karya Tommy Thomas diterbitkan pada Januari 2021 dan penuh dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet pada 8 Oktober tahun sama menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awalan berhubung pendedahan yang terkandung dalam buku itu.

Pada 13 Oktober lepas, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu yang antara lain mengesyorkan supaya Tommy Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan.

Sumber: BERNAMA

Update Artikel Pilihan Pdrm Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Buku Tommy Thomas
ArticlePublished 28 Oct 2022 2.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM