Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Op Ragada Siasatan Tumpu Transaksi Wang Mencurigakan Kpn

Published: 11 Jan 2025 12.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Januari 2025 – Empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran media di Sarawak yang ditahan pada Jumaat, membabitkan kes pengubahan wang haram direman tiga hari.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-op-ragada-siasatan-tumpu-transaksi-wang-mencurigakan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:27 MYT
Kuala Lumpur, 11 Januari 2025 – Empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran media di Sarawak yang ditahan pada Jumaat, membabitkan kes pengubahan wang haram direman tiga hari.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, keempat-empat suspek itu direman bermula Sabtu hingga Isnin.

“Seorang lagi anak kepada CEO terbabit dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tan Sri Razarudin berkata, siasatan kini tertumpu kepada transaksi aliran wang yang mencurigakan dilakukan suspek.

Pada Jumaat, media melaporkan lima individu berusia 26 hingga 62 tahun ditahan membabitkan CEO sebuah syarikat media di Sarawak serta dua anaknya dan dua lagi individu melalui Op Ragada di Sarawak dan Pulau Pinang.

Tan Sri Razarudin dilaporkan berkata, tangkapan tersebut dilakukan susulan maklumat risikan dan maklumat mendapati terdapat pengaliran wang mencurigakan dikenal pasti membabitkan beberapa akaun bank sejak 2017 hingga September, tahun lalu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.sinarharian.com.my/.../op-ragada-siasatan...
 
Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 11 Jan 2025 12.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM