Article
Update Artikel Pilihan Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Ditahan Polis
Kota Bharu, 1 Ogos 2022 - Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Kelantan di sini Khami...
Kota Bharu, 1 Ogos 2022 - Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Kelantan di sini Khamis lalu akhirnya ditahan polis.
Suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri jam 6.30 petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Kontinjen Kelantan , DCP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini. Suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.
"Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah dan polis turut merampas pisau yang digunakan pada hari kejadian. Ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah," katanya pada sidang media, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-pecahkan-cermin...